Gambar-gambar di bawah diambil dari beberapa laman web....
Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya ingin menyuarakan pendapat saya tentang Pilihan Raya 2008 yang begitu hangat diperkatakan di negara ini. Sejak 31 Ogos 1957, inilah kali pertama rakyat Malaysia menunjukkan bahawa mereka sememangnya berkuasa melalui pilihan raya ini.
Sebelum 8Mac 2008
Pihak pembangkang- PKR-DAP-PAS dan lain-lain
Pihak kerajaan- Barisan Nasional
Selepas 8Mac 2008
Pihak pembangkang- Barisan Nasional
Pihak kerajaan- PKR-DAP-PAS
Menurut buku rujukan Pengajian Am, pilihan raya di Malaysia diadakan untuk menentukan pemindahan kuasa kerajaan TANPA kekerasan dan tumpahan darah. Malangnya, banyak perkara telah berlaku selepas pilihan raya ini. Misalnya ialah rusuhan yang telah berlaku di Pulau Pinang. Menurut laporan surat khabar, penduduk Melayu di Pulau Pinang tidak berpuas hati dengan penghapusan DEB(Dasar Ekonomi Baru) oleh Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Mereka telah menyuarakan kekecewaan mereka melalui rusuhan ini yang berlaku pada 14Mac 2008. Hal ini telah menimbulkan kerisauan penduduk tempatan. Masalah yang tercetus haruslah diselesaikan secara aman dan damai. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah senantiasa bersatu padu tanpa mengira bangsa, kaum dan budaya. Walaupun golongan muda masa kini dididik untuk mengamalkan nilai ini, golongan dewasa sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada kita yang masih mentah. Justeru, kita haruslah berganding bahu mengatasi maslah yang timbul! Malah, kita patut memberi peluang kepada pemimpin negara untuk menjalankan tanggungjawab mereka! Dengan itu, kita dapat hidup dalam persekitaran yang harmoni. Sekian terima kasih.

(Hak cipta terpelihara)
No comments:
Post a Comment